Article Detail
PENYAKIT GOUT
May 12, 2016
Added By :
DR AZLIN AHMAD
GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800.
Siapakah yang berisiko untuk penyakit gout?
Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid atau menopause berhadapan dengan masalah ini.
1 daripada 4 orang yang menghidap gout mempunyai sejarah gout di kalangan ahli keluarga.
Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan.
Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan urik asid seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.
Penyakit berkaitan dengan gout :
• Diet
• Genetic
• Kencing manis
• Tekanan darah tinggi
• Obesity
• Penyakit buah pinggang
Bagaimana gout berlaku?
Gout terjadi kerana terhasilnya urik asid secara berlebihan di dalam darah. Urik asid terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang urik asid atau tubuh menghasilkan urik asid yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.
Pembentukan Kristal berlaku apabila tahap urik asid di dalam badan terlampau tinggi (urik asid > 360mmol/L)
Diet dengan kandungan purin yang tinggi menyebabkan tahap urik asid melambung tinggi. Buah pinggang tidak dapat mengeluarkan urik asid yang tepu melalui air kencing. Urik asid tepu bertukar menjadi Kristal. Mendapan berlaku pada sendi dan ginjal.
Apakah symptom gout ?
Gout bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.
Adakah gout serius?
Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.
Ia boleh mengakibatkan kecacatan sendi yang teruk dan kekal.
Bagaimana mengetahui sekiranya amenghidap gout?
Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal urik asid. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap urik asid dalam tubuh.
Gout dan Permakanan
Elakkan makanan yang tinggi purin seperti :
• Ikan bilis, sardine, selar, tenggiri dan kembong
• Organ dalaman seperti hati, jantung dan otak
• Daging itik dan angsa
• Ekstrak stok daging,tulang dan ikan bilis
Makanlah makanan rendah purin seperti :
• Buah-buahan dan sayuran seperti bayam,sawi,asparagus dank obis bunga
• Marjerin dan mentega
• Susu, keju dan dadih
• Nasi dan roti
• Telur
Rawatan Gout
Terdapat dua kaedah dalam perawatan gout :
• Rawatan untuk melegakan bengkak dan sakit semasa gout yang akut
• Rawatan untuk mengurangkan tahap urik asid untuk mengelakkan kekerapan radang sendi gout
Perlu mendapatkan nasihat dengan doktor untuk rawatan gout serta pnegambilan ubatan secara betul.
Pastikan aras urik asid dalam darah tidak melebihi 360mmol/l
Aktif bersenam dan menjalani cara hidup yang sihat