Article Detail
KANSER PANGKAL RAHIM (Cervical Cancer)
April 13, 2016
Added By :
DR PREMA LATHA SUPRAMANIAM
Kanser Pangkal Rahim merupakan pembunuh wanita yang ketiga tertinggi di Asia. Tahukah anda bahawa kanser ini dapat di halang? Kebiasaannya kanser ini menyerang di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Lebih daripada 95% wanita dengan kanser tahap awal dapat disembuhkan dengan sepenuhnya jika dirawat dengan segera. Ujian Pap Smear dapat membantu mengenalpasti kehadiran kanser pada tahap awal.
Bagaimanakah kanser pangkal rahim boleh berlaku?
Kanser ini berlaku apabila sel-sel di pangkal rahim mula bertukar dengan tidak teratur. Pertukaran ini disebabkan oleh jangkitan kuman virus HPV. Virus ini biasanya merebak melalui hubungan seks. Antaranya HPV 16 dan HPV 18 adalah culprit yang penting. Risiko-risiko lain untuk menghidap kanser ini adalah seperti kurang immuniti, HIV, penyakit seksual lain, kegunaan tembakau dan juga hubungan seksual rambang. Perubahan sel-sel inilah yang akhirnya menjadi kanser jika dibiarkan untuk beberapa tahun.
Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Pada peringkat awal sememangny atiada gejala yang ketara. Apabila ia sudah menjadi kanser, anda mungkin akan mengalami beberapa gejala seperti:
1. Pendarahan dari vagina yang luar biasa
2. Keputihan yang berbau hanyir dan mempunyai kesan darah
3. Pendarahan selepas hubungan seks
4. Kesakitan di bahagian pelvis
5. Kehilangan nafsu makan
6. Kekurangan berat badan yang ketara
7. Kekurangan darah (Anemia)
Bagaimanakah kanser pangkal rahim di ketahui?
Ianya melalui satu pemeriksaan yang ringkas di panggil Ujian Pap Smear. Ujian ini tidak menyakitkan dan selamat. Jika keputusannya tidak normal, satu lagi ujian yang dinamakan “Colposcopy†perlu dijalankan untuk mengambil biopsi. Prosedur ini hanya mengambil masa 10 minit. Jika kanser dikesan, maka rawatan susulan akan dimulakan secepat mungkin. “See and Treat†juga akan dilakukan semasa ujian ini.
Rawatan Kanser Pangkal Rahim
Ini bergantung pada tahap penyakit. Jika masih di tahap awal, hanya pangkal rahim sahaja yang perlu dibuang tetapi jika ianya sudah merebak, rawatan pembedahan diperlukan untuk membuang rahim atau “radiotheraphy†akan dijalankan.
Bolehkah kanser ini dihalang?
Boleh.
Menjalani ujian Pap Smear mengikut jadual adalah antara langkah yang paling penting. Selain daripada itu, suntikan Vaksin HPV adalah digalakkan untuk wanita yang berumur dari 28 tahun dan belum mempunyai hubungan seks. Suntikan ini perlu diambil 3 kali dalam masa 6 bulan.
Luangkan sedikit masa dan berikan perhatian terhadap diri. Jalani Ujian dan pemeriksaan doctor.